Assalamualaikum dan salam sejahtera, berakhir sudah konvokensyen UniSZA
kali ke-4 pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada graduan UniSZA di
atas kejayaan anda semua mengharungi liku-liku kehidupan sepanjang
bergelar pelajar di UniSZA. Sempena konvokensyen UniSZA kali ke-4
terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka oleh setiap fakulti, tidak lupa
juga gerai suksis UniSZA. Suksis UniSZA telah membuka gerai jualan amal
untuk membantu rakyat palestin, berikut ialah pergerakan suksis UniSZA
sepanjang majlis konvokesyen bermula.
23 November 2012
Skuad 2010 mendapat tugasan daripada encik zairi iaitu president suksis skuad 2010.
24 November 2012
Organisasi jawatan dan pembahagian tugas dibuat.
25 November 2012
Tempahan barang-barang jualan dan baju gaza untuk dijual di pesta konvokesyen.
26
November 2012
Lima kain rentan telah di corak oleh anggota suksis UniSZA skuad
2010 dengan tema "Save Gaza dan Palestin". Satu risalah juga telah
dibuat untuk menarik simpati orang ramai tentang kesengsaraan dialami
oleh rakyat Palestin. Tujuan risalah ini dibuat untuk menaikan semangat
mahasiswa mahasiswi UniSZA bersama-sama untuk membantu rakyat Palestin.
28 November 2012
Barang-barang yang di tempah telah di terima. satu mesyuarat besar
antara 3 skuad diadakan pada malam tersebut. Mesyuarat diadakan
bertujuan untuk jualan pertama kepada jurulatih dan anggota-anggota
suksis. Jualan pertama tersebut dilakukan terhadap kor-suksis dengan
tanda semua anggota menyokong jualan dan seterusnya mengambil cakna atas
apa yang telah berlaku di Palestin. Pada malam tersebut juga
pembahagian tugas untuk jualan pada pesta konvokensyen dilakukan.
29 November 2012
Pada jam 2.00 petang semua anggota suksis terlibat dengan raptai majlis
penutup konvokesyen. Anggota skuad 2010 juga telah meletakkan
risalah-risalah kesedaran tentang Palestin di setiap khemah pesta
konvokensyen pada hari tersebut.
30 November 2012
Bertarikh 30 novmber 2012 merupakan jualan pertama kor-suksis di tapak
pesta. Tabung derma bagi palestin dilancarkan pada hari tersebut, tabung
ini dibuat untuk menunjukkan mahasiwa dan mahasiswi UniSZA cakna akan
kesusahan dan keperitan hidup rakyat di Palestin. Pada hari pertama
suksis UniSZA berjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM1400,hasil untung
jualan tersebut akan didermakan ditabung Palestin.
1 Disember 2012
Jualan amal suksis UniSZA dilangsungkan di Stadium Tetutup Kompleks
sukan negeri, Gong Badak, Terengganu dibantu oleh skuad 2011. Jualan
amal bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 2.00 petang. Disana
juga anggota suksis menyediakan tabung derma untuk orang ramai menderma
seterusnya dapat membantu dan meringankan beban rakyat Palestin. Selepas
jam 2.00 petang. Jualan amal diteruskan di tapak pesta konvokensyen
UniSZA.
2.Disember 2012
Satu perhimpunan "Aman Palestin" telah diadakan pada hari tersebut.
Dianggotai oleh semua anggota suksis UniSZA,pstd,palapes,kelab remaja
islam malaysia(KRIM), Nadi hufas dan mahasiswa mahasiswi UniSZA yang
perihatin terhadap kezaliman yang dilakukan oleh israel terhadap
penduduk palestin. Seawal jam 9.00 pagi perarakan bermula dari foyer
asrama UniSZA ke tapak konvokensyen, perarakan tersebut di iringin
dengan laungan semangat untuk membangkitkan semangat siswa siswi bagi
menunjukan keprihatinan mahasiswa mahasiswi UniSZA. Setelah selamat tiba
di tapak pesta semua mahasiswa dan mahasisiwi UniSZA melakukan solat
hajat di tengah padang untuk rakyat Palestin.
Selesai solat,doa diketuai oleh Ustaz Nurul Shahfillah bin Jalaluddin
dari Diploma Pengajian Islam Syariah, sangat menyentuh hati dan jiwa
siswa siswi,ada dikalangan siswa siswi yang mengalirkan air mata
mendengar doa tersebut. Selepas itu, satu ikra ikhlas suara hati
mahasiswa mahasiswi UniSZA di lafaskan yang diketuai oleh Abdul Wafi bin
Parak skuad 2010. Ikra ini di lafaskan untuk mendapat semangat
berkobar-kobar seterusnya meruskan perjuangan bagi membantu rakyat
Palestin terus menerus walaupun selepas program ini tamat dijalankan.
Aktiviti diteruskan lagi dengan jualan di stadium tertutup dengan
bantuan skuad 2012 bagi memantapkan lagi jualan amal palestin ini.
3 Disember 2012
Jualan amal diteruskan lagi untuk hari terakhir pesta konvokenyen ini.
Pada jam 2.00 petang semua anggota suksis diwajibkan hadir untuk majlis
penutup konvokensyen kali ke-4 ini. Majlis berakhir pada jam 4.30
petang. Setelah selesai program ini kutipan derma Amal Palestin ini akan
di serahkan pada Badan Amal Palestin Batu Enam,Kuala Terengganu untuk
disalurkan pada rakyat Palestin.
Akhir kata marilah sama-sama kita membantu dan berdoa tanpa jemu diatas
keperitan dan kesusahan hidup rakyat palestin. Semoga ALLAH mendengar
doa kita semua seterusnya menyelamatkan rakyat Palestin.
p/s : repost sebab ade gambar aku, hahaha ( copy from blog harimau unisza )