Assalamualaikum dan salam sejahtera, berakhir sudah konvokensyen UniSZA kali ke-4 pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada graduan UniSZA di atas kejayaan anda semua mengharungi liku-liku kehidupan sepanjang bergelar pelajar di UniSZA. Sempena konvokensyen UniSZA kali ke-4 terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka oleh setiap fakulti, tidak lupa juga gerai suksis UniSZA. Suksis UniSZA telah membuka gerai jualan amal untuk membantu rakyat palestin, berikut ialah pergerakan suksis UniSZA sepanjang majlis konvokesyen bermula.
23 November 2012
Skuad 2010 mendapat tugasan daripada encik zairi iaitu president suksis skuad 2010.
24 November 2012
Organisasi jawatan dan pembahagian tugas dibuat.
25 November 2012
Tempahan barang-barang jualan dan baju gaza untuk dijual di pesta konvokesyen.
26 November 2012
Lima kain rentan telah di corak oleh anggota suksis UniSZA skuad 2010 dengan tema "Save Gaza dan Palestin". Satu risalah juga telah dibuat untuk menarik simpati orang ramai tentang kesengsaraan dialami oleh rakyat Palestin. Tujuan risalah ini dibuat untuk menaikan semangat mahasiswa mahasiswi UniSZA bersama-sama untuk membantu rakyat Palestin.
28 November 2012
Barang-barang yang di tempah telah di terima. satu mesyuarat besar antara 3 skuad diadakan pada malam tersebut. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk jualan pertama kepada jurulatih dan anggota-anggota suksis. Jualan pertama tersebut dilakukan terhadap kor-suksis dengan tanda semua anggota menyokong jualan dan seterusnya mengambil cakna atas apa yang telah berlaku di Palestin. Pada malam tersebut juga pembahagian tugas untuk jualan pada pesta konvokensyen dilakukan.
29 November 2012
Pada jam 2.00 petang semua anggota suksis terlibat dengan raptai majlis penutup konvokesyen. Anggota skuad 2010 juga telah meletakkan risalah-risalah kesedaran tentang Palestin di setiap khemah pesta konvokensyen pada hari tersebut.
30 November 2012
Bertarikh 30 novmber 2012 merupakan jualan pertama kor-suksis di tapak pesta. Tabung derma bagi palestin dilancarkan pada hari tersebut, tabung ini dibuat untuk menunjukkan mahasiwa dan mahasiswi UniSZA cakna akan kesusahan dan keperitan hidup rakyat di Palestin. Pada hari pertama suksis UniSZA berjaya mendapat hasil jualan sebanyak RM1400,hasil untung jualan tersebut akan didermakan ditabung Palestin.
1 Disember 2012
Jualan amal suksis UniSZA dilangsungkan di Stadium Tetutup Kompleks sukan negeri, Gong Badak, Terengganu dibantu oleh skuad 2011. Jualan amal bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 2.00 petang. Disana juga anggota suksis menyediakan tabung derma untuk orang ramai menderma seterusnya dapat membantu dan meringankan beban rakyat Palestin. Selepas jam 2.00 petang. Jualan amal diteruskan di tapak pesta konvokensyen UniSZA.
2.Disember 2012
Satu perhimpunan "Aman Palestin" telah diadakan pada hari tersebut. Dianggotai oleh semua anggota suksis UniSZA,pstd,palapes,kelab remaja islam malaysia(KRIM), Nadi hufas dan mahasiswa mahasiswi UniSZA yang perihatin terhadap kezaliman yang dilakukan oleh israel terhadap penduduk palestin. Seawal jam 9.00 pagi perarakan bermula dari foyer asrama UniSZA ke tapak konvokensyen, perarakan tersebut di iringin dengan laungan semangat untuk membangkitkan semangat siswa siswi bagi menunjukan keprihatinan mahasiswa mahasiswi UniSZA. Setelah selamat tiba di tapak pesta semua mahasiswa dan mahasisiwi UniSZA melakukan solat hajat di tengah padang untuk rakyat Palestin.
Selesai solat,doa diketuai oleh Ustaz Nurul Shahfillah bin Jalaluddin dari Diploma Pengajian Islam Syariah, sangat menyentuh hati dan jiwa siswa siswi,ada dikalangan siswa siswi yang mengalirkan air mata mendengar doa tersebut. Selepas itu, satu ikra ikhlas suara hati mahasiswa mahasiswi UniSZA di lafaskan yang diketuai oleh Abdul Wafi bin Parak skuad 2010. Ikra ini di lafaskan untuk mendapat semangat berkobar-kobar seterusnya meruskan perjuangan bagi membantu rakyat Palestin terus menerus walaupun selepas program ini tamat dijalankan. Aktiviti diteruskan lagi dengan jualan di stadium tertutup dengan bantuan skuad 2012 bagi memantapkan lagi jualan amal palestin ini.
3 Disember 2012
Jualan amal diteruskan lagi untuk hari terakhir pesta konvokenyen ini. Pada jam 2.00 petang semua anggota suksis diwajibkan hadir untuk majlis penutup konvokensyen kali ke-4 ini. Majlis berakhir pada jam 4.30 petang. Setelah selesai program ini kutipan derma Amal Palestin ini akan di serahkan pada Badan Amal Palestin Batu Enam,Kuala Terengganu untuk disalurkan pada rakyat Palestin.
Akhir kata marilah sama-sama kita membantu dan berdoa tanpa jemu diatas
keperitan dan kesusahan hidup rakyat palestin. Semoga ALLAH mendengar
doa kita semua seterusnya menyelamatkan rakyat Palestin.
p/s : repost sebab ade gambar aku, hahaha ( copy from blog harimau unisza )
No comments:
Post a Comment