..welcome to my blog .
...........this is a place where
........i can share my thoughts ,
.........my favourite things and
..........my favourite writings ,
.........a place where i can spill
.........out and find inspirations .
.........you will find here all the
......things about love , life and
...............everything in it
Kawan Selamanya

Tuesday, April 16, 2013

kelebihan berzikir

KELEBIHAN BERZIKIR

AMALAN membiasakan diri dengan berzikir setiap waktu
Dan ketika sangat besar fadilat nya dan kelebihan nya

Satu satu nya cara yang terbaik sebagai AMALAN untuk
Membersihkan hati dan naluri dari sifat dan penyakit

Mazmuzah saperti hasad dengki,takbur,bongkak
Sombong dan segala penyakit penyakit hati.

Kelebihan Zikir:
1)Mendapat keredaan ALLAH dan memperolihi ketenangan pada hati serta dapat merasa kelazatan iman.

2)Mendapat kasih sayang ,kecintaan serta keampunan daripada ALLAH S.W.T,serta dimurahi rezeki

3)Mendapat pembelaan daripada ALLAH S.W.T apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.

4)Menghampiri diri kepada ALLAH serta membuka seluas luasnya
pintu masuk segala kebaikan.

5)Mendapat penghormatan dan kemuliaan dan doa dari daripada sekelian malaikat

6)Dapat merasa keagungan kebesaran kehebatan dan kekuasaan
kerajaan ALLAH S.W.T.

7)Mendapat nur(cahaya) daripada ALLAHS.W.T di dunia dan ketika berada di alam barzakh dan ketika melalui titian sirat kelak.

8)Menjadi pendinding dan perisai dari seksa neraka.

9)Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan juga sifat buruk juga niat seseorang


syukur :)


ASSALAAMU'ALAIKUM SAHABAT YANG DIKASIHI

DIDALAM sebuah hadis ada dinyatakan bahawa RASULULLAH S.A.W pernah ditegur olih isterinya Saydatina Aisyah apabila melihat Baginda berterusan bersembahyang sehinnga bengkak menyebabkan kaki Baginda bengkak.Aisyah berkata."Bukankah ALLAH mengampunkan dosamu yang lalu dan yang akan datang?"Baginda menjawab salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

RASULULLAH S.A.W adalah sebaik baik contoh bagi kita.Baginda mengajar kita erti bersyukur kepada ALLAH.iaitu segala atas nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T dengan kata lain bersyukur bererti mengingati ALLAH yang MAHA KAYA MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan olih ALLAH S.W.T kepada hambanya.

jelesss

raja khalaf masuk paper kot .
sinar harian gitu ...
kawan aku kottt
untung la kau . hahaa
btw. congrat la utk projek tu
nice one ~


Reka cipta alat menyapu

Reka cipta alat menyapu
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 April 2013

GONG BADAK – Berbekalkan kos keseluruhan RM475 dan menggunakan hampir 70 peratus barangan terpakai, meletakkan rekaan dua pelajar Diploma Teknologi Pembuatan dari Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, antara yang menarik perhatian ramai.

Kedua-dua pelajar terbabit, Muhamad Salahuddin Hasbullah, 21, dan Raja Khalaf Raja Idris, 21, antara peserta yang mengambil bahagian dalam Program Pertunjukan Diploma Siswa-Siswi Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi yang berlangsung di Perpustakaan Unisza, di sini.

Jelas Muhamad Salahuddin, idea mereka alat menyapu itu timbul setelah melihat kerja dilakukan oleh tukang sapu di universitinya dan rekaan itu dibuat bagi menjimatkan tenaga kerja serta peralatan digunakan.

“Sebab utama kita memilih penyapu sampah ini adalah kerana kita rasa ia dapat mengurangkan kos dan kerja jadi lebih mudah dengan alat teknologi ini, di samping majikan tidak memerlukan ramai tenaga kerja.

“Bagaimanapun, kita masih berasakan ada beberapa bahagian yang perlu ditambah baik dan secara keseluruhan kami turut berpuas hati dengan rekaan ini dengan mengambil masa kira kira tiga minggu untuk disiapkan,” katanya.