raja khalaf masuk paper kot .
sinar harian gitu ...
kawan aku kottt
untung la kau . hahaa
btw. congrat la utk projek tu
nice one ~
Reka cipta alat menyapu
16 April 2013
GONG BADAK – Berbekalkan kos keseluruhan RM475 dan menggunakan hampir 70 peratus barangan terpakai, meletakkan rekaan dua pelajar Diploma Teknologi Pembuatan dari Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, antara yang menarik perhatian ramai.
Kedua-dua pelajar terbabit, Muhamad Salahuddin Hasbullah, 21, dan Raja Khalaf Raja Idris, 21, antara peserta yang mengambil bahagian dalam Program Pertunjukan Diploma Siswa-Siswi Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi yang berlangsung di Perpustakaan Unisza, di sini.
Jelas Muhamad Salahuddin, idea mereka alat menyapu itu timbul setelah melihat kerja dilakukan oleh tukang sapu di universitinya dan rekaan itu dibuat bagi menjimatkan tenaga kerja serta peralatan digunakan.
“Sebab utama kita memilih penyapu sampah ini adalah kerana kita rasa ia dapat mengurangkan kos dan kerja jadi lebih mudah dengan alat teknologi ini, di samping majikan tidak memerlukan ramai tenaga kerja.
“Bagaimanapun, kita masih berasakan ada beberapa bahagian yang perlu ditambah baik dan secara keseluruhan kami turut berpuas hati dengan rekaan ini dengan mengambil masa kira kira tiga minggu untuk disiapkan,” katanya.

No comments:
Post a Comment