28 Februari 2013
Seawal 9 malam semua anggota Kor-Suksis UniSZA berkumpul di foyer asrama. Selepas taklimat daripada pegawai dan jurulatih, peserta bertolak sekitar jam 11 malam.
1 Mac 2013
Mereka tiba di Batu Pahat seawal 8 pagi. Setelah selamat sampai di pusat penginapan di Minyak Beku, semua peserta mendaftar dan membuat persiapan diri untuk aktivit seterusnya. Pada jam 9.45 pagi, mereka bertolak ke IPD Batu. Setelah melalui perjalanan selama sejam 15 minit, mereka tiba di IPD Batu Pahat dan dibawa melawat kawasan sekitarnya. Ceramah jenayah turut diadakan di sana. Usai solat Jumaat, pasukan Kor-Suksis UniSZA dibawa melawat sekitar Batu Pahat dan Ayer Hitam yang terkenal dengan kawasan tumpuan pelancong. Seterusnya, jam 5 ptg mereka bertolak pulang ke pusat penginapan. Pada pukul 8 malam, Majlis Perasmian Pembukaan dari komandan UTHM iaitu ACP Kehormat Ir Dr. Amir Hashim Bin Mohd Kassim yang turut merupakan Penolong Naib Canselor Hepa dan Alumni. Untuk memeriahkan majlis, pasukan Kor-Suksis UniSZA dan UTHM turut melakukan persembahan kebudayaan negeri masing-masing. Pasukan Kor-Suksis UTHM mempersembahkan tarian Zapin manakala UniSZA mempersembahkan tarian Ulik Mayang. Setelah selesai majlis tersebut, sesi bergambar juga dijalankan untuk dijadikan kenangan bersama.
2 Mac 2013
Pada hari sabtu pula, semua peserta daftar keluar dari pusat penginapan dan bertolak ke Pusat Pemulihan. Dalam Komuniti Parit Keroma (PDK), Muar bersama Kor-Suksis UTHM. Semua peserta disambut meriah oleh warga PDK. Mereka turut membuat persembahan senamrobik dan nyanyian. Pelbagai program telah dijalankan bersama Kor-Suksis UTHM dan warga PDK. Semua yang terlibat dibahagikan kepada 8 kumpulan. Aktiviti sukaneka diadakan bagi merapatkan lagi hubungan sesama mereka. Sebelum makan tengah hari, majlis penutup telah dilakukan di Parit Amat bersama-sama warga PDK.
Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anggota Kor-Suksis UniSZA dan UTHM serta pihak PDK. Ianya juga dapat menambah pengalaman anggota Kor-Suksis UniSZA tentang pentingnya hidup bermasyarakat. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.
( gambar penari2 ulik mayang sila abaikan )
yang ni pon repost - gambar aku ade kan-
No comments:
Post a Comment