..welcome to my blog .
...........this is a place where
........i can share my thoughts ,
.........my favourite things and
..........my favourite writings ,
.........a place where i can spill
.........out and find inspirations .
.........you will find here all the
......things about love , life and
...............everything in it
Kawan Selamanya

Thursday, January 3, 2013

berita hari ini


Naib Canselor baru buat UNISZA kita..

KENYATAAN AKHBAR
YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI
MENGENAI
PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan pelantikan YBhg. Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang baharu bagi menggantikan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Alias bin Daud yang tamat tempoh lantikan pada 31 Disember 2012. Pelantikan ini adalah untuk tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015.
ASAS-ASAS PEMILIHAN
UniSZA merupakan sebuah universiti komprehensif yang menawarkan pelbagai program seperti program pengajian Islam, Sains Sosial, Sains Kesihatan, Undang-undang, Pengurusan Perniagaan, Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Pertanian. Pemilihan YBhg. Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim sebagai Naib Canselor UniSZA adalah berasaskan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian dengan mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disamping kepakaran beliau dalam bidang sains sosial dan pembangunan komuniti. 

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN KERJAYA
YBhg. Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim dilahirkan pada 16 Mei 1962 dan merupakan anak jati Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau telah dianugerahkan Bachelor in Urban and Regional Planning (Honours) dari Universiti Teknologi Malaysia, Master of Arts (Sociology) dari Universiti Malaya dan seterusnya PhD. (Development Studies) dari Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor dalam bidang pembangunan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dijemput sebagai Profesor pelawat di Ritsumeikan University, Kyoto, Jepun. Sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di UMT, beliau telah berkhidmat sebagai CEO untuk syarikat UKM Pakarunding Sdn. Bhd. Di samping itu, beliau juga turut terlibat dalam pelbagai aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan sosial di Malaysia.

FOKUS DAN CABARAN UNISZA
Sebagai sebuah universiti komprehensif yang mempunyai aspirasi menjayakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), beliau diharap dapat memberi perhatian kepada aspek kualiti dan kecemerlangan UniSZA. Di samping itu, memperkukuhkan lagi pencapaian universiti dalam aspek kebolehpasaran graduan termasuk pembudayaan keusahawanan para mahasiswa.
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA NAIB CANSELOR TERDAHULU
Kementerian Pengajian Tinggi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Prof. Dr. Alias bin Daud, mantan Naib Canselor UniSZA. Kepimpinan dan bakti yang dicurahkan beliau semenjak dilantik pada Januari 2006 telah berjaya meletakkan asas yang kukuh kepada UniSZA untuk menghadapi cabaran yang mendatang. 

No comments:

Post a Comment