Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.
Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua
semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan
sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya
ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya
membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita
berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak
nak."
Semalam
Dia
datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih
dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan
disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya
bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah
dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak
bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat
berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"
Astaghfirullah...hancur
luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak
perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai
masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB
saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error.
Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya
kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu
bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu
rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat
suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran.
Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun.
tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan
RasulNYA.
Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan
masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan
terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu
menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus
hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak
mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka
lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan
tanggungjawab yg amat berat.
Dan bukan semua orang bernasib baik
mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting
tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan
sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu
saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg
masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan
mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang
mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu
percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup
melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu.
jaga diri kamu baik2.
igt !! jgn jadi cam gini tau tau =)
No comments:
Post a Comment