..welcome to my blog .
...........this is a place where
........i can share my thoughts ,
.........my favourite things and
..........my favourite writings ,
.........a place where i can spill
.........out and find inspirations .
.........you will find here all the
......things about love , life and
...............everything in it
Kawan Selamanya

Sunday, October 28, 2012

ketegangan muke

halo!hari ni datang pasar sorang2 dengan keriangan nak beli apam balik gan laksa , akhirnya bertuka jadi kegeraman n kebenganggan.aku pegi pasar sebab mak aku suruh tau.bukan sebab nk jumpe ko,dari dulu aku dh reject mentah2 ..aku cakap xnk,xnk la..yang ko terhegeh-hegeh nak jumpe aku sangat nape ye..ko xpyah la suruh2 kawan ko tu,,ckp kt aku yang ko keje kt kdi ayamas tu..n sng2 dia jer suruh aku jumpe ko kan..suruh singgah citu semata-mata nak jupe ko..peduli hape aku.ingat aku nak sangat jupe ko,,ingat hari tu aku nak sangat dapat ape2 je yang ko nak belanja tu..plss aku tak teringin pon la..daripada ko habeskan duit kat aku..lebih baik ko simpan duit tu..pakai utk masa depan ko..aku bukan berlagak..masalah ye dah aku cakap tak suke,,tak suke la..take note k !! tak payah nk paksa2 soh jupe ko..tak kisah la kedai yang ko keje tu ..jarak berapa je pon..aku tetap akan elakkan diri dari ko..sebab aku tahu aku takkan berkawan dengan ko lagi sebab ye aku tahu ko masih ada perasaan kat aku..pls laa..sampai aku umo berapa pon..aku takkan jupe ko !! fhm !! lau ko bace benda ni kan..bgus...senang hati aku..xpayah nk explain2 lagi kan kat ko...ko buat mood aku bertambah tegang je tahu takk..aku mintak maap sesangat..aku tak salahkan ko dalam hal ni..tapi aku xleh nak bersama ko..ko belum layak jadi imam aku.ko belja agama..tapi ko x amalkan benda tu..bukan nak marah..tapi agak terkilan jugak la dengan ape yang ko wat dulu2 tu.n that why la aku reject ko n xkan crik ko lg! sorry again..aku terpaksa elakkan diri dari ko..bukan ye sombong..tapi aku ade pendirian aku sndrik..selama ni aku diam..sebab aku nak jga hati ko..tapi aku xleh diam dah.sorry sorry sorry sorry sorry sorry


huhu terEMOSIONAL plak..tapi xda ape la..nak lepaskan geram je..k babai =)

Nikah khitbah

 Assalamualaikum,ok kali ni nak bercerita dan berkongsi dengan anda2 sume mengenai nikah khitbah atau dengan erti kata lain membawa maksud kepada nikah gantung.  Mungkin ada segelintir sudah tahu mengenai apa itu nikah gantung,ini sekadar perkongsian ilmu untuk kita sume. 
 
Apa Itu Nikah Gantung?

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

congrat ~

selamat pengantin baru solehuddin dan pasangan !
tahniah , anda orang ke 5 dalam kalangan manusia2 batch92
sam hisamuddin yang telah mendirikan masjid.tahniah sekali lagi  =)

barakallahhulakuma . .

may god bless u always !!

Saturday, October 27, 2012

untuk awak


saya sentiasa ingat awak =)

salam aidil adha


ops , assalamualaikum
lupe la hari ni dah masuk raya kedua
raye haji tak pi mana2 pon
just menghabeskan masa di rumah shj
neway,, SELAMAT HARI RAYA KORBAN ea

"saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim,melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail,dikala itulah bermulanya sejarah agung,,erti sebuah PENGORBANAN "

salam aidil adha sekali lagii =)

maap lambat nk ucap lak ke belog ni .



layan barbie

barbie : the diamond castle =)

pg td bangun2 je layan cite barbie..ok so what ? bia la nk layan barbie pon. seronok tahu tak. .
even dah umo 20 pon..cite barbie tetap dalam pilihan..cite feveret tau..xleh miss stiap hr sabtu !
mesti nak tengok..lau xsempat tengok..u-tube kan ade. leh tengok . hehee =)
dulu2 layan cite kartun spice girls ..3 orang penyiasat gugurl tu..besh jugak..tp cite tu xdak dah.
so layan jela cite barbie..rse cm nk beli je stuff2 barbie ni wt koleksi..tersangat laa comel :D
tak jemu tengok even ulang2 episod.tapi setakat yang sempat tengok.xdak pon ulang.

ni sinopsis die..lau korang nak tengok balik..tengok la kat u-tube k..search jer..gerenti dapat

The story opens with Barbie and Teresa playing music on their guitars when Barbie's little sister Stacy comes storming in upset about a fight she and Courtney just had. Barbie decides to tell Stacy the story of two friends, Liana and Alexa. These two friends come across a magical mirror and a new friend trapped inside. Liana and Alexa go on an amazing adventure escaping dangerous tricks and even a disagreement amongst themselves to save the Diamond Castle and the world of music from the hand of the evil muse Lydia.

n now nak layan episod len lak

barbie: A fashion fairytale


 The movie begins with the director of her latest film, The Princess and the Pea, firing Barbie for daring to express her opinion. This leads to Ken breaking up with our heroine, and subsequently Barbie decides to move to Paris to live with her Aunt Millicent. All is not well in Paris however, as Barbie discovers her Aunt's fashion house is in danger of being closed down due to design theft. Ken, realizing he's acted hastily, embarks to Paris to attempt a reconciliation. Meanwhile, Barbie meets up with three "Flairies," Shimmer, Glimmer and Shyne, who, thanks to their magical gifts, show Barbie some new designs that could save the fashion house


  

jom layan =) babaiii , assalamualaikum

today menu : BBQ





today list menu :

kambing bakar,(dibakar oleh saya ea)
sayur soo hoon
ayam masak itam(lauk semalam)
sosej bakar
nasi beriani


ok perut tersangat la full =)

p/s : upe-upe ye tersangat la susah nk bara kan api..menguji kesabaran betul..tengok selama ni orang len buat.macam senang.ye macam SENANG.dalam kesenangan tu la ada kepayahan.setelah dicuba-cuba akhirnya mak tolong bersama dan jadi la baraan api tu . n dapat pujian dari ayah.ayah cakap cmni
: pndai dah kak lang bakar :
sebab selalu ye abg je yang buat,,ni dia xdak,terpksa la saya gntikan tmpt dia
gune ARANG ok !..bukan gune sabut ke ape
n lg stu hari ni dapat belajar something new..
kte lau nak bakar kmbing..lebih elok gne arang n masak secara baraan api..
ok gune ape? baraan api..sebab ye die akan masak secara mendalam.wahaha
mendalam tu mean secara menyeluruh la dan enak dimakan
dging jadi lembut dan masak ranggup
mybe segelintir korang dah tahu pasal ni tapi saya nak cakap jugak sebab saya suka bercakap.ok merepek je.abaikan .hehee


jom sambung makan lagi n lagi =)




Friday, October 26, 2012

~* WAHAI LELAKI.. *~


Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :

•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿

Thursday, October 25, 2012



TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Ustaz Azhar Idrus berkata :
♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.



teman,kawan =)

Saat aku terleka...Allah hantarkan sahabat untuk mengingatkan bahawa "Allah Maha Melihat"...♥ ♥

Saat aku berduka...Allah hantarkan sahabat untuk mengingatkan bahawa "Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang...mengadu dan memohonlah pada Allah",ucapnya sambil tersenyum...♥ ♥

Saat aku kecewa di landasan cinta manusia..dia dihantarkan untuk mengubat duka...menghadiahkan sepotong Al Quran sebagai peng

ubat jiwa yang lara..."Cinta Allah yang utama",pesannya..,♥

Subhanallah....terima kasih untuk teman yang Engkau kurniakan Ya Allah...

♥ ♥ ♥
 
 

wanita hiasan dunia

♥ Wanita Hiasan Dunia ♥

Perempuan Yang DiSAYANGI
Adalah pencinta TuhanNya
Yang mengalir cinta,takut dan harap

Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjalanan di antara
Jasad dan nyawanya berakhir

PEREMPUAN YANG DIRINDUI
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya
terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan ALLAH

PEREMPUAN YANG DICINTAI
Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN
Adalah yang mendekatkan
Hatinya yang telah jauh
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim
Di saat orang lain dilamar kebendaan

PEREMPUAN YANG DIKASIHI
Yang bersyukur dengan apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda

PEREMPUAN YANG DISUKAI
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puterinya
Yang bakal dilahirkan
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari

cinta ~

Kalau bercinta , jangan berkepit macam belangkas , hantar surat berbelas-belas , SMS berbalas-balas , masa dating sebelah tandas , berpeluk-peluk dalam bas , asyik menjeling dalam kelas , minum air perghh . . kongsi segelas ♥

Bila ada konflik , haa mula la nak frust , nak tunai solat pun malas , tak dapat tumpu study dalam kelas , waktu result nak keluar tahu pulak cemas ,
takut . . exam tak pas.

..s , tup tup awek sendiri kena kebas , kesian . . melepas ♥

So , jadilah couple yang ada class , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata sentiasa beralas , kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥

^_^

jadikan al-quran itu surat cintamu,jadikanlah solat itu penghubung dengan tuhanmu
jadikanlah zikir itu kerinduan mu
jadikanlah mati  itu pertemuan pertama dengan kekasihmu


Allah itu Maha adil




 ~✿>> Belajar BERSYUKUR mulai dari hal-hal yang kecil sekalipun, dan belajar MENILAI DIRI dari hal-hal yang TIDAK BAIK..kerana sesungguhnya kita TIDAK SEMPURNA dan tidak akan pernah sempurna..seringkali melakukan KESILAPAN tanpa sedar, hanya DOA yang membuat kita lebih kuat dalam BERTAHAN, walaupun berada dalam DUGAAN apapun..

p/s : Saat merasa KEHILANGAN HARAPAN, ingatlah..Allah selalu punyai RENCANA yang LEBIH INDAH dan TERBAIK buat kita..maka, SENYUMLAH selalu untuk lebih TABAH..♥♥


hari suprise saya !


hepy besday to me ! :) 
thanx sayang2 sekalian.
tak sangka nak buat suprise party
tak jangka pon
ingat kua saje nk suke2 lepaskan rindu kat korang
upe ye ade something.patut la ase len macam je kan
dahh la kene buli sume . smpai aty . 
nseb bek besday gurl tau.


at mcd 


peace no war =) 
muke bahagia dapat kek . 
 
have fun with uolls ! thnx again . babaii . see uolls next time 

eklusif sem 5 :)



assalamualaikum :) 
GAMBAR YANG TERTERA TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG IDOP MAHU PUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
SEKADAR TATAPAN BIKISAN HATI KE HATI
UKHUWAH PERSAHABATAN SEM 5 !

orang cakap jangan belajar jauh2..nanti macam2 kite jadi
tak kisah pon belajar kat mana2.yang penting pandai jaga diri

entry kali ini mengisahkan 3 sahabat baik dalam satu unit beruniform yang sentiasa n sentiasa bersama ke mana jua.bole ckp cm belangkas la,.n yang paling penting kitorang hepy !!
bia la nak jlan kemana pon.korang susa >.<
hehehe
sem ni macam kureng cikit berjalan dengan budak kelas sebab lain blok
lebih banyak abeskan sisa2 hidup dengan mereka2 ni.
skt susa senang kitorang lalui bersama-sama :)
tak sabar tunggu kem nanti.. see u there !! ^_*

ni la perjalanan kitorang waktu sem 5 , penghujung sem .
percayalah...benda ni sume akan dirindui selepas beberapa bulan
dah nak abes belajar dah. sedih :(
dulu waktu first2 dtg belaja..nak cepat2 abes belaja
ni dah nak abes.tak sampai hati nk tinggalkan kwan2 yang besh macam dorang ni
hmmm tu la kehidupan . kdg2 indah kdg tidak
huhhuhuu
seriously belaja kat terengganu ,memang besh.lagi2 dapat kwn yang besh2.. !!
argh..tak sanggup nk tingglkan kenangn ni sume ..
pape pon..gudluck la korang..lau korang terbaca la entry ni
lau ada rezeki..bler2 kte jumpe lg :)
sayang korang sangad2 . 
mintak maap lau ade wt slh sepanjang perkenalan kite..
indah nya sebuah perkenalan disulamkan dengan ukhuwah yang kuat :)
ukhuwah fil sabillilah

hari2 bergembira bersama :)
ON THE WAY TO GUA MUSANG ,KLATE .
 tempat perternakan gajah (bukan nama sebenar)
, yela kot nama ye cmtu




 
SEM YANG PENUH DENGAN AKTIVITI MERAYAP ! 
 girls day out !



next destination : masjid kristal
 on the way to pantai pandak


 haaa ni la pantai pandak , see , ade duyung terdampar kt citu . huhuk
ade lagi stu pantai kitorang pegi,tapi gmbr tak besh sgt kat citu,so xnk tunjuk
tudung rosak asek kne angin je..malas nk upload . .
nm ye pantai chendering.besh jugak kat citu.angin kuat .






finally abes dah berjalan..ni la tempat terakhir n sume balik ke hostel
dengan muke kepenatan n enjoy !!
nanti bler2 free.kte kua lagi ek . :)
i love hang out ~
hehehe

ni gambar penutup jelajah satu malaysia kami bertiga . haha !

my rumate tersayang.sangat caring.baik :) saya suke berdampingan dengan die
perangai pon giler2 .

housemate tersayang . jie n ieda ~ windu korang

nah ni untuk korang k
cute kan ? thu doh :)


 mutiara kata :
andai kita ingin berteman,janganlah kerana kelebihannya,kerana mngkin satu kelemahan kau akan menjauhinya


renung2kan dan selamat beramal :)


Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

haaa dgr tu !

Lebih baik nakal tapi jujur..daripada baik tapi munafik


Monday, October 22, 2012



Duhai bakal imamku , . jangan biarkan hadirmu sekejap mata..dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara ^_^