..welcome to my blog .
...........this is a place where
........i can share my thoughts ,
.........my favourite things and
..........my favourite writings ,
.........a place where i can spill
.........out and find inspirations .
.........you will find here all the
......things about love , life and
...............everything in it
Kawan Selamanya

Wednesday, June 1, 2011

saya minat Aaron aziz


ok aku minat aaron sejak bile ek ? sejak menonton drama nora eleena. .
aaron sangat sweet ok dalam cite tu,,event first time tengok cite tu..dah terpaut ati dah gan drama tu..keep it up ! mmg syokkk ! ske3

berita mengenai aaron . .


Pelakon kacak Aaron Aziz mengakui masih menggunakan cara lama dan pendekatan agama dalam mendidik tiga anaknya.

Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu mengongkong dan mengatur cara hidup anaknya seperti yang biasa dilakukan ibu bapa masa kini.

"Saya mengaku terlalu konservatif dalam hal mendidik anak-anak terutamanya dalam soal agama. Kalau boleh saya nak bagi yang terbaik kepada mereka.

"Walaupun sesibuk mana bekerja saya tetap akan luangkan masa bersama anak-anak. Saya tidak mahu mereka rasa saya tiada di sisi mereka," katanya ketika ditemui di Majlis Hari Bapa Oreo Bersama Aaron Aziz di sini, Selasa.

Bapa kepada Danish Anaqi, 7, Dwi Arinna, 5, dan Dahlia Arissa, 1, ini juga mengaku sering mendedahkan anak-anaknya kepada bidang seni agar mereka lebih memahami dunia yang diceburinya itu.

"Jika ada iklan yang memerlukan saya dan anak-anak saya bawa mereka sekali. Saya rasa tidak salah untuk dedahkan mereka tentang kerjaya saya.

"Dengan cara itu, mereka lebih memahami dan senang untuk jelaskan bila mereka bertanya ke mana saya pergi," katanya.

Bercerita tentang bapanya, Aaron memberitahu dia sudah kehilangan ayah kandung sejak berumur dua tahun.

"Saya tidak banyak pengalaman semasa kecil bersama ayah kandung. Mungkin disebabkan itu saya mahu anak-anak saya rasa kasih sayang seorang bapa yang secukupnya.

"Bagaimanapun ketika berumur 13 tahun ibu saya berkahwin lagi dan bapa tiri saya banyak beri nasihat dan panduan untuk menjadi seorang ketua keluarga yang baik," katanya.

Sementara itu, dia mengakui beruntung kerana kerjaya lakonan diuruskan sendiri oleh isteri yang banyak memahami.

"Lakonan adalah satu bidang perniagaan. Saya bersyukur isteri yang menguruskan jadual kerja saya, jadi ia akan lebih mudah.

Tuesday, May 31, 2011

20 CARA JADIKAN ROOMMATE ANDA GILA !!

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tak ada org kat rumah. Unpack segala barang anda & pergi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang"
3. buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalau dia tanya, pura2 tak tahu apa yang dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". buka lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..." 10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat lah...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), lepas itu panggil member dalam 10 baca yasin ramai-ramai. bila roomate jaga pakat2 buat tak nampak apa-apa.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) lepas itu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.
P/S:hanya sekadar hiburan..hahahaaa

kawan aku dh kawen?


tahniah akem,dah jadi suami la kau yew..bini cun gile ! lagi sekali aku ucap congrat !
tak sangka beb awal gile kau kawen umo 19 tuw..bler turn ak ni??
hahahaa lambat lagi kot . .dan dikesempatan ini aku nk wish la kan
semoga kekal hingga ke syurga !! bravo kwen awal !!
kawan sekelas lak tuw,,ish nnt kenduri jgn lupe jemput k :)

saat menghampiri sakaratul maut

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil...

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

~WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN...sudah bersediakah kalian..untuk berjumpa dengan RABBMU...membawa ole-ole..iaitu amalanmu..selama kamu di beri nikmat untuk hidup..??...hargailah nikmat NYAWA yang telah ALLAH..berikan pada kite...berterima kasihlah pada-NYA...sujudlah pada-NYA...jatuhkan Egomu itu...~