..welcome to my blog .
...........this is a place where
........i can share my thoughts ,
.........my favourite things and
..........my favourite writings ,
.........a place where i can spill
.........out and find inspirations .
.........you will find here all the
......things about love , life and
...............everything in it
Kawan Selamanya

Wednesday, May 15, 2013

5 rahsia bilik hotel

Di sini  ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri.



Jom baca di bawah ini.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.


Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.


Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.



Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.


Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.


Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.



Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.


Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.



Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.


Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?


Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.


Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel.

Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Sunday, May 12, 2013

its time for work

nak tau keje pa ? biarlah rahsiaaaa
*muke takleh blah .
muke bahgia ok ! mata sembab macam ape ntah 
daaa korang ~ lebiuuu uolls

oh apam dot2


wahh dap ye.. dap kan
tetibe aku terindu lak apam ni .
nama tu pon macam cantik . macam la kan
macam tak caye ada jugak orang tnye aku resepi
macam la aku ni masterchef kan . huhu *selingan je
 

Saturday, May 11, 2013

the mood is back


assalamualaikum cinta2 hati sekalian
i'm back dari segala masalah bagai .
wah rindu ye nk berbelog .
mcm poyo je statement tu kan .
whatever yg pnting memang rindu banget
rasa macam sedikit tenang hari ni even rasa macam hari ni bad day
seriously bad day . intebiu tak pi
dapat halangan dari kedua belah pihak
mum n dad . wisau ye mereka kt sy
kata ye bahaya la , ade kes jenayah la kat citu .
ape boleh buat ? hanya mampu berserah .
maybe rezeki kat tempat lain
i'm 21 la ! i know who i am . dah beso panjang . boleh buat sendirik
ampun ye mak , tadi mak panggil makan tgh hari i xturun coz hati ni sedang menanges mengenang naseb ku . alahaiii kau dah kenapa nak nanges2 . mengada oke !!
bad day keluar pi jalan2 tadi pon , air mata terkeluar biler dengar selawat2 sume dalam kete.
haiyaakk . sangat memalukan tau . mak ayah adik sume ade .
mana aku nak letak muke ni ?? mana ? huaaaaa malu giler
tak patut aku nanges dalam kete tadi ! tak patut !!
ok fine setelah menanges macam org meroyan frust menonggeng bagai . 
kami semayang magrib kat masjid klang .
ok kat cini lagi la hati aku tersentuh . dirobek robek . sangat2 .
aku tengok masjid . aku sayu n nanges dalam solat .
ya allah baru hati ni rasa tenang n mampu kembali tersenyum :)
alhamdulilah syukur , aku dah berjaya jadi seorang yang tabah
n start from now . aku nak jadi insan yang sangat2 bersyukur n tabah hadapi segala masalah
aku taknak dah sedih2 nanges2 , sakit woi mata nanges . memang aku pahnih takleh nanges dah
ada masalah mata . haha nanges ckit , sakittt yang amat ! mmg tak bagi aku nanges
 
n finally lepas rasa tenang , pi uma sedara , n i got the smile back . gelak2 dengan dorang. sangat seronok n happening gler2 la .. i'm fine n really fine !
back to normal . 
^_^
 
terima kasih sume yang banyak membantu . :)


Tuesday, May 7, 2013

----------------------------------------------------------------------------

: Mcm mana nk berdepan dgn lelaki psiko ni ? Bunga bukan sekuntum kan so jgnlah buat mcm aku ni je sekuntum bunga yg boleh kau petik pegilah cari bunga lain.

ini hari

When you wake up لا إله إلا الله Throughout your day لا إله إلا الله When you sleep لا إله إلا الله Always لا إله إلا الله Forever.
 tadak benda yang saya mampu buat untuk anda
hanya mampu berdoa berdoa berdoa dan terus berdoa
semoga kembali ke keadaan sedia kala
diam tak mampu selesaikan masalah . >.<
mood : dingin , dingin dan dingin lagiiii

Thursday, May 2, 2013

^_*

Sesungguhnya saya sendiri berpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan orang Melayu, Cina dan India, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.

Surat Terbuka Kepada Rakyat Malaysia
- Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, Ketua Ittihad Ulama Dunia





inikalilah ~


inikalilah 
tawan PUTRAJAYA !
anda mampu mengubahnya