..welcome to my blog .
...........this is a place where
........i can share my thoughts ,
.........my favourite things and
..........my favourite writings ,
.........a place where i can spill
.........out and find inspirations .
.........you will find here all the
......things about love , life and
...............everything in it
Kawan Selamanya

Sunday, February 24, 2013

mencari kebahagiaan


Kaedah-Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran Dan Sunnah


1. Beriman dan beramal soleh.
"Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan mereka beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan apa yang mereka amalkan." (An-Nahl : 97)
  • Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa segolongan ulama' mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki halal dan baik (halalan toyyiban).
  • Saidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qanaah (berasa cukup)
  • Ali bin Abi Thalhah dari Ibn 'Abbas meriwayatkan kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Sentiasa mengingati Allah.
  • Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas dari rasa gelisah dan gundah gulana.
Firman Allah : "Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Al-Ra'd : 28)

3. Bersandar kepada Allah.
  • Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa.
Allah berfirman yang bermaksud : "Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Al-Talaq :3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
  • Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan iklas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya, bermaksud : "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (An-Nisa' : 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
  • Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah saw bersabda maksudnya : "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata : 'Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu', akan tetapi katakanlah : 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan', kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka kepada amalan syaitan". 
(Hadis Riwayat Muslim)

6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
  • Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt kepada kita.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." 
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

7. Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia.
  • Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.
  • Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
  • Malah ada hukama' berkata, "Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa."
Firman Allah swt : "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan : 9)

Jadi setelah kita mengetahui akan kaedah-kaedah menggapai kebahagiaan melalui Al-Quran dan Sunnah, marilah sama-sama kita amalkan dalam kehidupan seharian. Moga-moga kebahagiaan itu milik kita di dunia dan di akhirat. Hakikatnya kebahagiaan itu datangnya daripada Allah. Oleh itu gantungkanlah harapan kita dalam mencapai kebahagiaan itu kepada Allah swt. Ingatlah kebahagiaan yang hakiki adalah bila kita mendapat keredhaan Allah dan berjaya membeli syurga Allah swt di akhirat kelak.

Wallahu'alam.

Friday, February 15, 2013

kem be a talented person in arabic


hari first ni..semangat memasing ..
yela sampai2 je dpt naik lori
bkn kami la..dorang2 yang lain..
kami nek van masuk kwsn ni..


lepas dah letak barang dlm hostel..sume pakat kua amik gmbr..
sorang2 datang bergambar sampai jadi amai cenggini


last day.excited nak balik..yeyyyyyy 
ciap men pgg2 tangan lagi
baju kuning tu sume dapat..free ..haha


padang rengas kuala kangsar
 we are here !!


ukhti ni garang ...macam tak sangka plak aku bleh mrh bdk2 ni
haaa spe suruh tak nak dgr cakap..
kan aku dah marah..

aku sebagai exco sukan tak puas hati btol gan budak2 ni
kite suruh wat ..wat la..ni g merungut2 plak.
skali aku dengar ..memang carik nahas la,,
ppe pon kem ni terbaik ..

dah akhir2 nak balik nanges ..sedih pnye pasal ..
orang lain xnges.nape aku nges ? pelik tol..

banyak ye post..dah berpinar pinar mata ni..time to sleep
daaaa ~
terima kasih kerana menghabeskan waktu  membaca :)

bangun syg


SI TOM DEMAM !

dah masuk empat hari si tom ni sakit , tak bangun n tido je sepanjang 4 hari tu
wisau giler..hari2 g jenguk dia..
lawat dia..
ciap sediakan wad kecemasan lagi utk dia..
betapa kami sume sayang kat dia..ciap nak anta pegi klinik lagi...
n finally ada peningkatan
hari seterusnya..dia bangun n kami bagi dia minum air..
dia minum banyak ..maybe sebab dahaga..

alhamdulilah..dah beransur sembuh dah dia.. :_:

gegirl in red ~


hye korang ... hahaha *tetibe
abaikan muke yang macam mengada tu
ni nak cakap baru lepas curik gambar2 kt blog mira gendut si bff terchenta ~
act gambar ni time kami pi johor sebelum cuti CNY hari tu
program under kerajaan ..
my beautiful malaysia ..
kat cini sepatut ye kami sume kene datang gotong royong tapi 
haa ade sbb tau..kami dari jauh ganu
so dapat excuse. haha
xyah wat keje..datang meramaikan orang je..
tengok elok2 ..MERAMAIKAN ORANG JE k..
tade buat ape2..

time ni tetibe aku masuk geng classmate..hahaha
padahal geng suksis kt sebelah..
ape pon jadi lah.. hihiiikk



hepy2 belaka memasing.. sonok benor mike tengok kome ni haaa,,,


episod 2


assalamualaikum love :)
ok today nak cerita pasal si abang buah hati pengaRang jantung kuh
the most baik hati abg , caring , gile2 , funny
that why kte pon pangai cenggitu
ikut angah la ni..
sbb pe sy syg dia ? byk benda blh diungkapkan kenapa dan mengapa
dia slalo ada disamping saya bler saya perlukan dia..
slalo lindungi saya dari orang2 jahat.bagi nasihat kat saya n mcam2 lagi
slalo jadi tempat gosip2 saya..
everything kitorang share sama2
since sekolah sampai masuk u
memang dah ditakdirkan kami akan bersama..
dulu pegi sekolah sama2 naik moto..
sekarang tak la..cume sama u je..
dia slalo ada tengok2 kan saya..
nampak je dia wt dunno tapi dia tersangat la caring gan saya
that why saya sayang dia sangat2
the best brother !! betol , percayalah

yang paling besh since kecik lagi kami selalu main sama2..
pegi padang main sama2..
main wrestling sama2..
balik lewat umah..kene dduk kat longkang sama2..
sama2 nakal..sama2 kene denda
itu la yang menjadikan hidup kami seronok n seronok
hahahaha sebab kami memang suka main since kecik
sampai la dah besar..lau nak main apa2..mesti ajak angah
kan angah kan? :P
dia la teman gelak tawa saya..teman nakal2 saya..
wat keje nakal sume belajar dari dia :D
KETUA BUDAK NAKAL ni !

kite nak cakap something ni..
kite sayangggggggggggg sangat kat angah ..
satu2 ye abang yang ada ..i'm appreciate u ! seriously !
bia lar orang nak kata angah tak hensem ke ape ke..
yang penting angah tetap sempurna di mata kite..
saya suke bergelak tawa dengan angah..
tak kering gusi lau duduk dengan dia . hahaha


lots of love : ur lovely sister . :)

 

Wednesday, February 13, 2013

episod 1 :)

assalamualaikum love ;)
hari ni nk cite pasal sorang kawan yang digelar ex
dia ni tak habes2 menggangu hidup aku..tak faham2

banyak kali ajak meet.n banyak kali jugak la direject
sorii bukan niat nak jual mahal mcam ko cakap
tapi memang kene jual mahal la kan..
everytime diajak,,sume ditolak mentah2.tanpa fikir panjang


setakat nak belanja makan ,minum,lepaking berdua
sori to say la.memang tak boleh ..
hubunGan kite tak direstui n dah lama berakhir
tolong la faham keadaan aku
aku mestilah mengharap takkan nampak muke ko lagi n takkan terlintas pon nak kua sekali
tolong la faham..ko tade rasa segan ke dok merayu-rayu bagai nak jupe?
its nonsense la . merepek je sume tu..
jangan sampai aku kuakan bahasa yang ko sendirik pon takkan faham??!
ko ckp dengan nada lembut, so aku pon takkan nak melenting plak kan?
kalau ko baca benda ni,aku harap sangat2 ko faham keadaan aku..
aku dah ada..dah ada yang lain..so tolong la faham
tak payah dah la nak ajak2 aku lepaking kat mana2..
aku bukan jenis macam tu..
menyesal plak aku ckp kat kau yang aku de kt umah..adoi parah2

yang ni lagi satu cite klaka yang aku nak gelakkan diri aku sendrik
memang naseb la kan adik aku kje kantin dekat gan uma ko..
everytime bile lalu depan uma ko nak amik adik..aku tutup muke dengan helmet..haha
macam ape ntah..sebab nak ngelak dari kau la.
tak nak kau nampak muke aku ni..
sampai macam tu sekali aku wat..
naseb baik tak accident.muahahaha.. :D

lots of love : syera =)


ini lawak ! seriously

situasi satu : ciap2 nak mandi..then lampu tetibe tertutup..aku pe lagi..jerit suruh bukak lampu sebab bukan ape..bdk2 ni slalo je dok main tutup lampu.nakal btol.sekali ak mcm tertipu la..xde sape upe ye yang main lampu..mcm blank tetibe tadi..lampu tu? tertutup sndiri..aku macam nak rak mati2 ingat de orang yg tutup..
aku macam pelik n tetibe tergelak sorang2 dalam bilik air . . haha upe ye aku mbebel sorang2 tadi soh bukak lmpu .padahal tade orang. ini mesti suis lampu punye pasal ni. aish xpasal2 aku gelak sorang2 , ini mmg klaka


situasi dua : bler aku dok mesej2..tup tup mesej dengan skrin phone...yang ini memang klaka..plg klaka..ok! tade orang nak layan aku ..last2 pandang skrin phone jela jwb ye..tak marah tak rasa ape pon sebab dah terbese . cume rase sangat kelakar. nak gelak kan diri sendiri boleh ?

hahahahahhahahahahahaha , OK STOP IT 
babaiii >.<
macam annoying je cite ni kan..abaikan jela..

ini sweet ! seriously

Tuesday, February 12, 2013

dating lagi :p


assalamualaikum ..
kisah hari ni bermula begini..alkisah ye menemankan si bff ni ke uia gombak..
utk amik sijil dy ..
utk borang pinjman suk selangor..
then  lepas setel everything..we move on
pegi the curve n ikea for lunch..

tadaaaaaaaaaaaaa ~
ini la lunch kami berdua ..
nama pon kwn baik..mkn pon mesti kne sama la kan



meatball n sayur-sayuran yang sihat lagi berkhasiat la kot :p



nak makan kt cini kemain susah yela..dok carik tempat stu hal
punye la amai olang..adoi..
org dok pakat shopping hr cuti kan..
that normal la pegi ikea mcm semut dh msing2..
nak jalan sana sini pon susah..
apetah lagi nk makan..
beratur la order mknn..
aku keje cari tmpt kosong je.
wt muke xmalu..tunggu sebelah orang mkan
tapi dpt stu tmpt kosong je..
tetap berusaha n berusaha tanpa give up
finally jumpe tmpt..tapiiiiiiiiii
bersepah n kotor ,,tade orang datang kemas..
aku pon ape lagi..kemas2 n simpan kt bahagian tepi
n kami pon dengan kebuluran makan la...
yehuuuu dpt makan akhirnya setelah menanti dan menanti dengan setia..
dan sambil mengUSHA orang2 yang ada seperti semut ..

sebelah kitorang mamat plak tu..tak pedulik dah orang keliling..
sebab lapa punye pasal kan..makan je tanpa menjengah keadaan sekeliling cmne
lepas beberapa minit tu,baru la ada orang tukang kemas2 amik pinggan2 yang bersepah tu..
then siap sume melahap.makan2..kami pi solat kt the curve..dh lepas solat hati ni berhajat lagi dr sebelum pegi lagi nak belanja family big apple..
n aku pon pi la carik big apple kat tempat asing yang jarang aku pegi ni
carik punye carik..tak jupe..ok penat ! n cari another way..tnya PAK GUARD
aku pon dengan xmalu ye pi tnya..padahal sebelum tu dah search dh big apple kt bahagian ane..
tapi still xjupe..kne tnya orang baru jupe agak ye..malu bertanya sesat jalan..
so at last jupe jugak big apple..n bawak pulang ke rumah..
beli 6 tok sesama dapat..tpi ayh keje plak..
so mak,along,angah,ida yang menghabeskan donut2 yang bulat tu..
n ase puas berjalan kt ikea..coz firt time pi..rse sangat2 teruja.
alahai cantik ye deco2 dalam tu..
aku dgn yg tercinta pon mcm over je g jenguk2 perabot..
hahaha padahal x beli pon..

orang baru jadi pengantin sesuai la g ikea tuh..
carik ilham deco umah kan..
deco yg paling dapat tempat kt hti ni..ala2 english tu..
cntik sangat...suke2..
berangan nak buat umah cenggitu...
hahahaha
xoxo,
syera

:)

Perempuan mengalirkan air mata bukan untuk meraih simpati drpd lelaki tetapi ingin melepaskan segala perasaan yang terpendam di dalam hati

Sunday, February 10, 2013

d'kayangan bbq steamboat~


assalamualaikum sume..
rye cine baru2 ni kami wt fmly gathering mkn besa rmi2..
bersyukur sangat dpt fmly yang the best cm gini la..
sentiasa hepy go lucky n makan2 lagi smpi demuk !
tade masalah..huhuuuk

ni kt d'kayangan bbq steamboat
dkt gn stadium malawati..google sndiri la k



gmbar ni paling tak boleh blah..sangat2 la tembam...hahaa
masing2 muke kepuasan makan buffet..tambah berkali-kali
tak terkire..kat cini ikut suka ati kami je
nak bergelak tawa ,,ckp kuat2..
hadoi happening gilaa laaa
mak lagi la..comel sangat mak kite tau...alololo >.<

nanti makan besa lagi tau..mmg slalo sangat..mmg la ank ye semangat2 sume..
hahahaaha :D


sekitar percutian di langkawi

before pegi ~ tunggu boat ni haa

haa baru nk update..ni dah basi dah..
layan jelaa..tak igt dah trikh bp hb pegi.
bubuh gmbr jela..huhuu


baju yang sama ..so dua tempat ni mmg skali arung jalan.sponsor full by syafiqah shaari

cable car n kota mahsuri..beras terbakar..tp xde gmbr lak..xsempat nk copy.huhu
dkt kota mahsuri ni yg lama ni,,dok baca sejarah mahsuri bagai la..hadoii..


hahahak nak tergelak tgk muke sndiri..mcm ape ntah..huhuuk


amai kan geng kami ~ enjoy full day jalan2 smpai capekk..


masa untuk pulang ke tnh air ~ yepee...posing dlu..kami la model ! yeayyyy


oh memontel msing2..ni gmbr dulu ni..skg kuruss aw.. !! 

\
ok masa untuk pulang..bye2 kawan langkawi sekalian..even 3 hari kenal..tapi kenangan kite tetap dalam ingatan dan akan diingati untuk selama-lamanya...~ jupe next time k my dearest =)
last before balik,.sempat makan mcd ..tu dok tapau bwk balik lettew..lapa msing2 time ni...

indahnya sebuah ukhuwah

petikan dari kata-kata seorang yang bergelar sahabat =)

ini untuk korang..family dip bahasa dan kesusasteraan arab batch 2010..

Takdir telah menemukan kita pada tanggal 4/7/2010
saat msih baru mngenali dunia...
jauh dr kluarga...
hari demi hari kita saling mngenali...
tangisan, ketawa, gmbira, suka n duka kita kongsi bsama...
kisah kita brsama mnghasilkn sebuah lukisan hidup...
kini, hnya mnghitung hari saat trjadinya prpisahan...
moga hari2 mndatang akn kita lukis dgn pnuh kesenian...
agar lukisn y trhasil bgitu indah utk dkenang...
ukhwah lillahi ta'ala In shaa Allah

KITA KATA SAYANG SAHABAT KITA

tapi sayangkah namanya jika :

- benda yang dilakukan bersama itu membawa lalainya dia pada DIA?

- kalau benda yang kita buat hanya buat dia lupa pada DIA?

- kalau kita cuma buat endah tak endah ketika dia buat benda tak berfaedah?

- sekiranya kelak kita hanya cipta titik kegelapan dalam hidupnya.

- kalau kita tak tegur kala dia buat dosa? 

semoga sayang kita pada sahabat kita
itu adalah kerana Allah.

moga dengan izinNya
berukhwah kita hingga ke syurga. :)

biiznillah. insyaAllah.

Friday, February 8, 2013

ngguu ~ aigooo

slip muet aku hilang plak..aigooo
hmm penin2..

do something syera !

Monday, February 4, 2013